November 5, 2009

MEMOHON KEBERKATAN DARI ILAHI

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Temin mengamalkan "Al-Asma'ul-Husna" pada setiap pagi Isnin hingga Khamis bermula jam 730 pagi. Mereka akan berkumpul di Dataran Ilmu dengan dibimbing oleh guru bertugas mingguan. Semoga apa yang diamalkan akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Pada setiap pagi Jumaat semua murid Sekolah Kebangsaan Temin akan berkumpul di Dataran Ilmu atau pun di Dewan Sekolah untuk membaca "Yassin". Melalui pembacaan yassin akan dapat membentuk jati diri murid-murid sebagai Islam yang sejati disamping memohon kejayaan yang cemerlang diperolehi dan kebahagian dunia dan akhirat juga dipohoni.


No comments:

Post a Comment