November 14, 2009

LAGI HARI KANAK-KANAK 2009

Persembahan Murid Prasekolah

Persembahan Murid Tahun Satu
Persembahan Murid Tahun Dua

Persembahan Murid Tahun Tiga


Persembahan Murid Tahun Empat

Ustazah Asy Asyura dan Cikgu Syaiful Azham

Cikgu Intan, Ustazah Rosjaya, Cikgu Nor Zita dan Cikgu Mahiran

Cikgu Suhana dan Adik Syahmi

Gelagat Murid Pendidikan Khas (baju biru) bersenamrobik

Cikgu Suhana, Cikgu Nora, Cikgu Salmi dan Cikgu Dalila

November 13, 2009

HARI KANAK-KANAK 2009

Jurulatih Senamrobik sedang menari ala Bollywood

Jangan dongak-dongak nanti tak boleh tunduk pulak

Kami sokong 100%

Hayun le tangan tu, ikut arahan, pandang depan.

Hang buat apa tuh, angkat-angkat kaki?

Barisan hakim persembahan Hari Kanak-Kanak 2009

Aci Aci Buka Pintu dari Kelas Pendidikan Khas

Dikir Barat dari murid Tahun Enam

Joget Asli dari Tahun Lima

Penonton persembahan Hari Kanak-Kanak 2009.

Gerai Air Minuman

Gerai Satay

Gerai Ayam Goreng


Gerai Nasi Goreng

November 10, 2009

KARNIVAL MINI SUKAN 2009


Karnival Mini Sukan 2009 pada 9 November 2009 hingga 11 November 2009 adalah satu usaha pihak sekolah untuk mencungkil bakat-bakat baru yang akan mewakili pasukan sekolah dalam permainan bola baling (lelaki dan perempuan), bola tampar (lelaki dan perempuan), sepak takraw (lelaki) dan bola jaring (perempuan).

Tahniah kepada Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohamad Ariffin bin Hj. Abu Bakar yang mencetuskan idea serta mendapat kerjasama dari semua pihak (guru-guru dan staf sokongan). Tanpa sokongan semua pihak pastinya setiap program yang dirancang tidak akan berjaya. Syabas! Terima Kasih semua.

Jika dilihat dari penyertaan serta komitmen yang diberi oleh murid-murid, pasti pasukan sekolah yang mantap akan dapat dibentuk. Pasukan ini yang akan menaikkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum terutama dalam bidang permainan.

Tambahan pula sekolah mempunyai kemudahan-kemudahan yang diperlukan terutamanya gelanggang bola tampat dan sepak takraw. Permainan bola baling dan bola jaring dijalankan secara berselang kerana padang yang kecil serta mengelakkan kesesakan.

Bola tampar adalah merupakan permainan yang baru bagi murid sekolah ini. Pembentukan pasukan bola tampar adalah usaha untuk mempelbagaikan permainan di sekolah ini.

Satu lagi permainan yang baru diperkenalkan di sekolah ini ialah permainan 'petanqe'. Terdapat dua buah gelanggang 'petanqe' di sekolah ini. Pihak sekolah juga telah berjaya membeli beberapa set bola 'petanqe'.

Karnival mini sukan 2009 ini melibatkan semua murid dari Tahun 3 hingga Tahun 5. Murid-murid Tahun 6 pula membantu guru-guru bagi menjayakan karnival ini.

November 5, 2009

MEMOHON KEBERKATAN DARI ILAHI

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Temin mengamalkan "Al-Asma'ul-Husna" pada setiap pagi Isnin hingga Khamis bermula jam 730 pagi. Mereka akan berkumpul di Dataran Ilmu dengan dibimbing oleh guru bertugas mingguan. Semoga apa yang diamalkan akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Pada setiap pagi Jumaat semua murid Sekolah Kebangsaan Temin akan berkumpul di Dataran Ilmu atau pun di Dewan Sekolah untuk membaca "Yassin". Melalui pembacaan yassin akan dapat membentuk jati diri murid-murid sebagai Islam yang sejati disamping memohon kejayaan yang cemerlang diperolehi dan kebahagian dunia dan akhirat juga dipohoni.


November 1, 2009

AKTIVITI NOVEMBER 2009

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009
Pada:-
19 November 2009

Hari:-
Khamis

Jam:-
2.30 petang

Tempat:-
Dewan SK Temin
HARI KANAK-KANAK 2009
Pada:-
12 November 2009
Hari:-
Khamis
Jam:-
8.00 pagi

Tempat:-
Dataran Ilmu SK Temin
PENDAFTARAN KE TINGKATAN SATU 2010
Pada:-
7 November 2009
Hari:-
Sabtu
Jam:-
8.00 pagi
Tempat:-
SMK Tok Muda Abdul Aziz, Sungai Siput (U)