November 10, 2009

KARNIVAL MINI SUKAN 2009


Karnival Mini Sukan 2009 pada 9 November 2009 hingga 11 November 2009 adalah satu usaha pihak sekolah untuk mencungkil bakat-bakat baru yang akan mewakili pasukan sekolah dalam permainan bola baling (lelaki dan perempuan), bola tampar (lelaki dan perempuan), sepak takraw (lelaki) dan bola jaring (perempuan).

Tahniah kepada Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohamad Ariffin bin Hj. Abu Bakar yang mencetuskan idea serta mendapat kerjasama dari semua pihak (guru-guru dan staf sokongan). Tanpa sokongan semua pihak pastinya setiap program yang dirancang tidak akan berjaya. Syabas! Terima Kasih semua.

Jika dilihat dari penyertaan serta komitmen yang diberi oleh murid-murid, pasti pasukan sekolah yang mantap akan dapat dibentuk. Pasukan ini yang akan menaikkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum terutama dalam bidang permainan.

Tambahan pula sekolah mempunyai kemudahan-kemudahan yang diperlukan terutamanya gelanggang bola tampat dan sepak takraw. Permainan bola baling dan bola jaring dijalankan secara berselang kerana padang yang kecil serta mengelakkan kesesakan.

Bola tampar adalah merupakan permainan yang baru bagi murid sekolah ini. Pembentukan pasukan bola tampar adalah usaha untuk mempelbagaikan permainan di sekolah ini.

Satu lagi permainan yang baru diperkenalkan di sekolah ini ialah permainan 'petanqe'. Terdapat dua buah gelanggang 'petanqe' di sekolah ini. Pihak sekolah juga telah berjaya membeli beberapa set bola 'petanqe'.

Karnival mini sukan 2009 ini melibatkan semua murid dari Tahun 3 hingga Tahun 5. Murid-murid Tahun 6 pula membantu guru-guru bagi menjayakan karnival ini.

No comments:

Post a Comment