October 19, 2009

KELAS PENDIDIKAN KHAS - BANGUNAN TAMBAHAN

Kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan untuk Kelas Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Temin, 31100 Sungai Siput (U), Perak telah mula dijalankan.

Apabila siapnya bangunan baru ini yang menempatkan dua bilik darjah, akan dapat mengurangkan kepadatan kelas yang sedia ada.

Buat masa ini terdapat seramai 22 orang pelajar ditempatkan di Kelas Pendidikan Khas ini. Mereka ini terdiri dari 15 pelajar lelaki dan 7 pelajar perempuan.

Pelajar-pelajar Kelas Pendidikan Khas di sekolah ini ada beberapa kategori iaitu Masalah Pembelajaran, Cacat Pendengaran, Masalah Pertuturan dan Down Sindrom.

Tenaga pengajarnya pula terdiri dari enam orang guru, tiga orang guru lelaki dan tiga orang guru perempuan. Mereka ini dibantu oleh dua orang Pembantu Pengurusan Murid.

Kelas Pendidikan Khas di sekolah ini mengandungi empat kelas. Seorang dari kalangan guru pendidikan khas ini telah dilantik sebagai Penyelaras Pendidikan Khas yang mana akan melayakkannya dilantik sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas jika telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan di Kelas Pendidikan Khas ini bukan hanya ter umpu kepada akademik malahan tumpuan utama adalah dalam pengurusan diri termasuklah beberapa kemahiran seperti pertanian, menjahit dan memasak.

Setiap pelajar yang mengikuti Kelas Pendidikan Khas ini apabila telah mendapat Kad OKU akan diberi elaun khas sebanyak RM150.00 sebulan.

No comments:

Post a Comment