October 20, 2009

KELAB PETANQE SK TEMIN

Atas inisiatif Guru Penolong Kanan, Encik Mohamad Ariffin bin Haji Abu Bakar, Sekolah Kebangsaan Temin telah mengorak langkah dengan berjaya mengadakan dua buah gelanggang petanqe. Ini bermakna Sekolah Kebangsaan Temin merupakan satu-satunya sekolah rendah yang mempunyai gelanggang petanqe di daerah Kuala Kangsar.
Setelah berjaya mengadakan gelanggang, Kelab Petanqe telah berjaya ditubuhkan. Usaha ini adalah satu persediaan kepada murid-murid apabila mereka berada di sekolah menengah nanti. Buat masa ini pertandingan petanqe kategori sekolah rendah masih belum ada.
Setelah diberi latihan yang diperlukan iaitu melalui pendedahan taklimat dan praktikum satu pertandingan secara dalaman telah diadakan. Permulaannya adalah tertumpu kepada murid-murid Tahun Enam melalui program selepas UPSR.
Kategori yang dipertandingan ialah perseorangan lelaki dan perseorangan perempuan. Begitu juga dalam kategori bergu (double). Terdapat double lelaki dan double perempuan.
Selain pendedahan permainan ini dibuat kepada murid-murid, ia juga didedahkan kepada guru-guru dan staf sokongan di sekolah ini. Sambutannya yang diberikan adalah amat menggalakkan.

No comments:

Post a Comment