May 26, 2009

Piagam Pelanggan Sekolah Kebangsaan Temin

Bahawa Kami Semua Warga Sekolah Kebangsaan Temin Berjanji Akan Memberi Perkhidmatan Yang Terbaik Kepada Pelanggan Kami:-

Memberi Pengajaran dan Pembelajaran yang berkualiti pada setiap masa

Memberi layanan yang adil dan saksama kepada setiap murid

Memastikan semua murid layak menerima semua bantuan bantuan kerajaan

Memastikan semua murid Tahap 2 dan Tahun 3 berpeluang menyertai kegiatan kokurikulum

Memberi peluang kepada murid Tahap 1 untuk menyertai satu aktiviti kokurikulum mengikut minat mereka dengan kebenaran ibu bapa atau penjaga

Memastikan setiap guru adan staf sokongan menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya tujuh hari setahun

Mengambil tindakan segera masalah atau kesulitan yang dihadapi guru dan staf sokongan

Memastikan setiap ibu bapa atau penjaga murid diberi layanan yang adil dan saksama semasa berurusan di sekolah

Memastikan setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari tiga hari bekerja

Memastikan setiap cadangan dan usul dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG

Memastikan setiap arahan dan permohonan dari KPM/JPN/PPD diambil tindakan segera

No comments:

Post a Comment