October 27, 2009

ANTARA AKTIVITI SELEPAS UPSR

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR) 2 - 2009

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR) 2 - 2009
27 OKTOBER 2009 HINGGA 29 OKTOBER 2009

October 21, 2009

KNOWLEDGE GUIDES OUR LIFE

Papan tanda sekolah yang baru yang lebih simple tetapi lebih menyerlah.

" Standing in the eyes of the world" kata-kata peransang sebagai motivasi kepada warga Sekolah Kebangsaan Temin bersama dengan motto sekolah "Knowledge guides our life"

Gelanggang bola tampar dipandang dari tingkat tiga bangunan utama sekolah

Mercu tanda Sungai Siput (U), "Gunung Kemuning" dipandang dari tingkat tiga bangunan utama Sekolah Kebangsaan Temin.

KARNIVAL PRASEKOLAH ZON SUNGAI SIPUT

Sekolah Kebangsaan Temin telah diamanahkan menjadi Pengerusi Karnival Pra Sekolah Peringkat Zon Sungai Siput (U) Tahun 2009.
Tarikh:- 3 Oktober 2009 (Sabtu)
Venue utama karnival tersebut ialah di dewan sekolah.
Lokasi lain:- Bilik Muzik, Bilik j-Qaf, Bilik Sains, Surau, Kelas Enam 'Arif, Kelas Enam Bestari, Kelas Satu 'Arif dan Kelas Dua 'Arif.
Pasangan pengacara yang baru digandingkan sebagai pelapis telah menunjukkan prestasi yang terbaik. Komitmen dan prestasi mereka melambangkan bahawa guru serba boleh.

Ucapan perasmian penutup Karnival Pra Sekolah Peringkat Zon Sungai Siput (U) Tahun 2009.

Barisan tetamu yang hadir untuk memeriahkan karnival tersebut sedang menyaksikan persembahan murid-murid pra sekolah.

Sungguh cantik, memang cantik. Peserta Karnival Pra Sekolah Peringkat Zon Sungai Siput (U) Tahun 2009 bergambar kenangan selepas membuat persembahan.

Perasaan gembira terpancar di wajah-wajah Urusetia Karnival. Komitmen mereka melicinkan perjalanan karnival dengan dibantu oleh jawatankuasa yang lain. Tahniah kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Temin.

Sebahagian dari guru pengiring, pembantu pengurusan murid dan ibu bapa yang memenuhi dewan sebagai sokongan moral kepada murid-murid dan anak-anak mereka yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara di karnival tersebut.

October 20, 2009

KELAB PETANQE SK TEMIN

Atas inisiatif Guru Penolong Kanan, Encik Mohamad Ariffin bin Haji Abu Bakar, Sekolah Kebangsaan Temin telah mengorak langkah dengan berjaya mengadakan dua buah gelanggang petanqe. Ini bermakna Sekolah Kebangsaan Temin merupakan satu-satunya sekolah rendah yang mempunyai gelanggang petanqe di daerah Kuala Kangsar.
Setelah berjaya mengadakan gelanggang, Kelab Petanqe telah berjaya ditubuhkan. Usaha ini adalah satu persediaan kepada murid-murid apabila mereka berada di sekolah menengah nanti. Buat masa ini pertandingan petanqe kategori sekolah rendah masih belum ada.
Setelah diberi latihan yang diperlukan iaitu melalui pendedahan taklimat dan praktikum satu pertandingan secara dalaman telah diadakan. Permulaannya adalah tertumpu kepada murid-murid Tahun Enam melalui program selepas UPSR.
Kategori yang dipertandingan ialah perseorangan lelaki dan perseorangan perempuan. Begitu juga dalam kategori bergu (double). Terdapat double lelaki dan double perempuan.
Selain pendedahan permainan ini dibuat kepada murid-murid, ia juga didedahkan kepada guru-guru dan staf sokongan di sekolah ini. Sambutannya yang diberikan adalah amat menggalakkan.

October 19, 2009

KELAS PENDIDIKAN KHAS - BANGUNAN TAMBAHAN

Kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan untuk Kelas Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Temin, 31100 Sungai Siput (U), Perak telah mula dijalankan.

Apabila siapnya bangunan baru ini yang menempatkan dua bilik darjah, akan dapat mengurangkan kepadatan kelas yang sedia ada.

Buat masa ini terdapat seramai 22 orang pelajar ditempatkan di Kelas Pendidikan Khas ini. Mereka ini terdiri dari 15 pelajar lelaki dan 7 pelajar perempuan.

Pelajar-pelajar Kelas Pendidikan Khas di sekolah ini ada beberapa kategori iaitu Masalah Pembelajaran, Cacat Pendengaran, Masalah Pertuturan dan Down Sindrom.

Tenaga pengajarnya pula terdiri dari enam orang guru, tiga orang guru lelaki dan tiga orang guru perempuan. Mereka ini dibantu oleh dua orang Pembantu Pengurusan Murid.

Kelas Pendidikan Khas di sekolah ini mengandungi empat kelas. Seorang dari kalangan guru pendidikan khas ini telah dilantik sebagai Penyelaras Pendidikan Khas yang mana akan melayakkannya dilantik sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas jika telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan di Kelas Pendidikan Khas ini bukan hanya ter umpu kepada akademik malahan tumpuan utama adalah dalam pengurusan diri termasuklah beberapa kemahiran seperti pertanian, menjahit dan memasak.

Setiap pelajar yang mengikuti Kelas Pendidikan Khas ini apabila telah mendapat Kad OKU akan diberi elaun khas sebanyak RM150.00 sebulan.