March 30, 2009

Because You Are Nice...


.....TrEaT eVeRyOnE WiTh PoLiTeNeSs....
.....EvEn ThOsE wHo ArE rUdE tO yOu.....
.....NoTe BeCaUsE tHeY aRe NoT nICe.....
.....BuT bEcAuSe YoU aRe NiCe.....

March 29, 2009

March 19, 2009

Hari Kokurikulum 2008

AsSaLaMuAlAiKuM & sElAmaT sEjAhTeRa..

Gambar-gambar ini semua masa sempena menyambut Hari Kokurikulum tahun lepas iaitu tahun 2008.Pelbagai acara diadakan sempena Hari Kokurikulum tersebut seperti aktiviti perkhemahan, cara-cara mengikat tali gadget, pertandingan memasak antara kelab-kelab, majlis barbeku untuk guru-guru & kakitangan,pertandingan menghias hantaran tuala dan pelbagai aktiviti-aktiviti lagi. Semua pelajar-pelajar sudah tidak sabar nak memulakan perkhemahan..beg besar-besar sumuanya.iyelah kan takut nanti ada barang yang tercicir pulak. Tapi sebelum tu, semua kena berbaris la..kena ikut disiplin yang dipinpin oleh "Chief Komanden" kita ni..Cikgu Amin..



"Excited" para pelajar perempuan & lelaki mendirikan khemah masing-masing..almaklumlah selama ini tidur kat rumah je..sekali-skala tidur kat luar berjauhan dengan keluarga baru terasa kejauhan..ada jugak yang menangis sebab tak sanggup berjauhan ngan mak ayah.anak mak la katakan.Ada juga yang terlebih seronok sebab boleh bersama dengan kawan-kawan..

Pelajar-pelajar perempuan pun tak kurang hebatnya..tahu bagaimana nak bina khemah..

Sesi bergambar depan khemah masing-masing yang dah siap dibina.posing maut sumuanya..

Cikgu-cikgu & Pelajar semuanya bersatu padu mendirikan khemah setiasusaha kat tengah-tengah padang
disebalik tabir..antara "orang kuat" yang menjayakan perkhemaham ini.Tanpa mereka maka takda lah makanan.

Pelajar-pelajar diajar bagaimana untuk membuat ikatan gajet.Ikatan gajet ini biasa digunakan semasa perkhemahan ataupun untuk mengukuhkan sesuatu ikatan.



Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti yang dijalankan semasa Hari Kokurikulum tersebut.
Tak sabar dah nak memulakan perkhemahanAntara sebahagian khemah-khemah yang telah didirikan"Test" ketahanan khemahLatihan kawad kaki dijalankan bagi melancarkan perbarisan untuk Hari KokurikulumPelajar-pelajar yang seronok bersama kawan-kawanCikgu mithali yang sentiasa menjaga anak-anak buahnya dengan prihatinPengajar yang diimport khas untuk mengajar bagaimana untuk mengikat tali gajetPelajar menunggu dengan sabar.."bila nak start ni?"Ikatan yang dipraktikkan pada tiang kantin sekolahBersantai sambil melihat keindahan alamaktiviti burung hantu..berjalan diwaktu malam sambil mata ditutup dengan kainPelajar perempuan semuanya ikut rapat-rapat..berjalan malam la katakan..Cikgu Salmi & Cikgu Ana mengajar aktiviti senam aerobikAnak-anak buah pun ikut ape yang telah ditunjukkan oleh mereka"Ape ke heynye senyum sensorang?"Kesian...potong bawang kat atas lantai je..Cikgu Asyura tolong anak-anak jagaan dia buat kerja..tolong tengok je..Keliru juri-juri kita ni nak bagi markah..semuanya masak ada skill kot..semua sibuk menguruskan kumpulan masing-masingTersenyum simpul Cikgu Salmi kita ni..Orang lain belum lagi habis masak, Cikgu Intan kita ni laju je ke meja makan..Masak pakai dapur kayu..Macam zaman tok nenek kita dulu la..kembalikan zaman tradisi kita..Dah menyala ke belum api tu Cikgu Sabrina?asap je yang banyak..semua sibuk nak tunjuk skill menyalakan api kot..Pemerhati bahagian..Cikgu Syed antara juri yang menilai pertandingan memasak ini..Meja dihias rapi..nak dapatkan markah lebih..besarnye periuk Cikgu Mariah..boleh buat kenduri terus ni..Perbarisan PBSM..Segak semuanya berbaju putih..
Perbarisan Puteri Islam..sopan & ayu..

Perbarisan Kadet Remaja Sekolah..kemas & sepadan..

Sekian sahaja sedikit sebanyak gambar-gambar yang dapat dipaparkan ..terima kasih..

Sejarah Sekolah

~ Al - Kisah Bermulanya Disini ~
Sekolah Kebangsaan Temin Sungai Siput (U) telah wujud di sekitar tahun 1935 atas kesedaran dan usaha penduduk setempat. Sekolah ini diasaskan oleh Datuk Penghulu Mukim Pulau Kemiri, Tuan Syed Abdul Rahman, sekaligus selaku tokoh pertama yang merasmikan bangunan sekolah dalam tahun yang sama.
Pada awal penubuhannya, bangunan sekolah yang mampu menampung 70 orang murid ini dibina dengan bahan-bahan kayu separuh kekal di atas tanah kerajaan. Penambahbaikan dilakukan dari tahun ke tahun sehinggalah pada 12 september 1957, bangunan Blok A siap didirikan dan dirasmikan oleh Encik Mohd Ghazali Bin Haji Jawi, Menteri Besar Perak pada ketika itu.
Usaha tersebut diteruskan sehinggalah pada tahun 1969, bangunan Blok B sempurna disiapkan. Bangunan yang menempatkan sebuah pejabat, stor, dan dua bilik darjah mampu menampung pertambahan bilangan murid yang mencecah 146 org. Kemudahan pembelajaran dilengkapkan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke- 4. Kini Sekolah Kebangsaan Temin menjadi kebanggaan penduduk setempat di atas kemampuan mencorak dan membentuk anak tempatan menjadi insan cemerlang sahsiah akademik sejajar dengan cogan kata sekolah "Ilmu Suluh Hidup".
Sepanjang 74 tahun penubuhannya, sekolah ini telah diterajui oleh 13 orang guru besar, bermula daripada:-
1) En. Shamsuddin B. Md Salleh (Ogo 1935 - Dis 1941)
2) En. Yeop Abu Bakar B. Mat (Okt 1945 - Jan 1954)
3) En. Ahmad Bin Uda Ishak (Jun 1954 - Jun 1967)
4) Tn. Hj. Ahmad B. Ibrahim (Jul 1967 - Dis 1973)
5) Tn Hj. Mahmud Mokhtar B. Yeop Rani (Jun 1974 - Dis 1979)
6) Tn Hj. Mohd Basri B. Mohd Zain (Jan 1980 - Dis 1984)
7) Tn. Hj Mohd Ramli B. Ngah Mohd Sharif (Jan 1985 - Dis 1987)
8) En. Osman B. Mat Isa (Jan 1988 - Feb 1990)
9) En. Mohd Nazri B. Hj. Jaafar (1990 - 2000)
10) Pn. Hjh. Shamsiah Bt. Khalid (2000 - 2001)
11) En. Hamdan B. Puteh Mahmud (2002 - 2003)
12) En. Meor Hissan B. Meor Ariffin (2003 - 2007)
13) Tn. Haji Abdul Mutai B. Mat Norddin (Nov 2007 - sekarang)